Program AI For Community @ NADI dengan Kerjasama Pepper Labs

16 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

15 Ogos 2026 – NADI Linggi telah dijemput untuk menyertai Program AI For Community @ NADI dengan Kerjasama dengan Pepper Labs dan seramai 13 peserta menghadiri ke program ini di NADI Linggi.

Program ini merupakan satu inisiatif untuk memperkenalkan dan meningkatkan literasi serta kemahiran AI dalam kalangan komuniti setempat.

Program ini dapat meningkatkan kesedaran dan kemahiran dalam penggunaan AI. Peserta didedahkan kepada aplikasi AI seperti ChatGPT dan platform AI lain yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran, pekerjaan dan perniagaan.

Sesi latihan telah dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada tenaga pengajar Pepper Labs yang berkongsi pengetahuan serta panduan praktikal mengenai penggunaan AI secara beretika.

Pihak NADI Linggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai program ini.
Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta membantu meningkatkan literasi digital dan penggunaan teknologi AI dalam kehidupan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali